Sa'ad bin Ubadah

Sa'ad bin 'Ubadah bin Dulaim (Bahasa Arab: سعد بن عبادة بن دليم‎‎‎) adalah seorang Sahabat nabi dan ketua Bani Khazraj dari Madinah.[1] Dia adalah salah satu orang Ansar yang melakukan baiat Aqabah kepada Nabi Muhammad, dan selalu menyokong perjuangannya.[1]Sa'ad bin 'Ubadah adalah salah seorang pemimpin Bani Sa'idah, salah satu puak suku Bani Khazraj. Nasab lengkapnya adalah Sa'ad bin 'Ubadah bin Dulaim bin Haritsah bin Abu Hazimah bin Tsa'labah bin Tharif bin Al-Khazraj bin Sa'idah (nenek moyang Bani Sa'idah) bin Ka'ab bin Al-Khazraj (nenek moyang dari suku Bani Khazraj).[2] Ayahnya, 'Ubadah bin Dulaim, dan datuknya Dulaim bin Haritsah, terkenal dengan kemurahan hati mereka; begitu juga Sa'ad sendiri dan anaknya Qais bin Sa'ad.[3][4] Selama masa jahiliah, Sa'ad mengadakan perjanjian perdagangan dengan Jubair bin Muth'im dari Bani Naufal, dan Harits bin Harb bin Umayyah dari Bani Abdu Syams.[3][4]Sa'ad termasuk dalam kumpulan 75 penduduk Yatsrib yang setia kepada Nabi Muhammad di Baiat Aqabah 2 pada tahun 622 Masehi[5] Dia ditawan oleh orang Quraisy, tetapi rakan dagangnya Jubair bin Muth'im dan Harits bin Harb kemudian membebaskannya.[5] Ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah, Sa'ad selalu menyokong perjuangannya dan menjadi orang kepercayaan Nabi Muhammad, dan bahkan beberapa kali dilantik sebagai pemimpin umat Islam ketika Nabi berada di luar kota.[6] Begitu juga dalam peperangan, Sa'ad juga sering dipercayai sebagai salah satu pemegang panji orang Islam yang mewakili kaum Ansar, termasuk semasa Pembukaan Kota Mekah.[7][8]Dalam perjumpaan di Tsaqifah Bani Sa'idah setelah Nabi Muhammad wafat, Sa'ad diusulkan sebagai calon khalifah untuk mewakili Ansar, walaupun pada akhirnya Abu Bakar yang terpilih.[9] Disebutkan Ibn Hazm dalam Asma al-Shahâbah wa Mâ Likulli Wâhidim Minhum min al-'Adad, bahawa Sa'ad bin 'Ubadah telah meriwayatkan 21 hadis.[10]Sa'ad bin 'Ubadah dianggap meninggal pada 15 H/636M, di Syam.[11]

Rujukan

WikiPedia: Sa'ad bin Ubadah http://www.ummah.com/forum/showthread.php?327042-T... https://books.google.co.id/books?id=1gA_ZR5bGI0C&p... https://books.google.co.id/books?id=EIKGREKynV0C&p... https://books.google.co.id/books?id=JktiDAAAQBAJ&p... https://books.google.co.id/books?id=Jq7NDAAAQBAJ&p... https://books.google.co.id/books?id=TYi5CwAAQBAJ&p... https://books.google.co.id/books?id=ZMeZhqCxBAkC&p... https://books.google.co.id/books?id=i5UIAQAAIAAJ&q... https://books.google.co.id/books?id=qgP0BQAAQBAJ&p... https://books.google.co.id/books?id=tvbPCgAAQBAJ&p...